Friday, September 13, 2013

PROFIL

PROFIL  PERSATUAN  NELAYAN  PARLIMEN  PAGOH

Sejarah  Penubuhan

            Persatuan  ini  pada  asalnya  dikenali  sebagai  Persatuan  Nelayan  Panchor dan  diantara  penubuhan  nelayan  sungai terawal di  Malaysia.
Ia  ditubuhkan  pada  22 Mac  2010  dengan  keahlian  berjumlah  34  orang.  Inisiatif  penubuhan  ini  pada  awalnya  dicadangkan  oleh  Tn.Hj.Saad  b  Md.Saman  Ketua  Kampung  Melayu  dan  Kampung  Seri  Tanjung  Panchor
( Penasihat Seumur Hidup ) bagi  persatuan  ini.
Keahlian  persatuan  terdiri  dari  Pekan  Panchor, Kg Melayu, Kg Seri Tanjung, Kg Semasih, Kg Sungai Alai, Kg Terus, Kg Jawa, Kg Sungai  Ranggam  dan  Estet Sime Darby ( Lanadron Estet ) yang  berpusat  di  Panchor.

            Tujuan  penubuhan  ini  bagi  menyelaraskan  ahli-ahli  yang  bergiat  aktif  pada sungai  sebagai  sumber  pendapatan utama  melalui  kegiatan  memancing, lukah, jaring, dan  merawai. Ia  juga  bagi  menyatupadukan  ahli dan belia-belia  ke  arah  pemuafakatan  bagi  mengelakkan gejala  negatif  seterusnya  merapatkan  ikatan  silaturrahim antara  kaum.

            Melaluinya,  Tn.Hj.Saad  b Md  Saman  mencadangkan  agar  En.Mohd  Misri  bin  Tumijan  selaku  AJK  kampung  diberi  tanggungjawab menyelaras  dan  mengumpul  maklumat  seterusnya  menubuhkan  persatuan.

            Melaluinya  juga,  akhirnya  persatuan  diberi  status  sebagai  wakil  nelayan  di  Majlis  Pembangunan  Pertanian  Parlimen  Pagoh  yang  dipengerusikan  oleh YAB Tan Sri Hj.Muhyiddin b Hj.Mohd  Yassin Timbalan  Perdana  Menteri  yang  diwakilkan  kepada  YB Dato’ Hj.Mohd Tahir  b Teat   ADUN  Bukit Serampang pada ketika itu.

            Setelah  melalui  beberapa  proses  kesukaran, sesi  soal  jawab  daripada  ketua-ketua  jabatan  yang  hadir  akhirnya  persatuan  ini  didaftarkan  di  eROSES - atas  nama :

PERSATUAN  NELAYAN  PARLIMEN  PAGOH  dan  persatuan  ini  mewakili  seluruh  nelayan sungai bagi  Parlimen  Pagoh  dan  ahli  yang  telah  masuk  daftar  sebagai  ahli  persatuan  berjumlah  67  orang  pada  tahun  2013.

No comments:

Post a Comment