Friday, September 13, 2013

Cabaran persatuan

Cabaran  Persatuan

1.                 Persatuan  menghadapi  masalah  untuk  menggerakkan  aktiviti kerana  kekurangan  sumber kewangan  memandangkan  ahli  persatuan  merupakan  golongan  yang  berpendapatan  rendah.

2.                 Persatuan  juga  menghadapi  masalah  untuk  menggalakkan  semua nelayan  yang  telah  dilesenkan  memandangkan  status ahli  merupakan  orang  kampung  dan  tidak  berminat  untuk  berpersatuan. Walaubagaimanapun  persatuan  berjaya  menggabungkan  beberapa  pengkalan  nelayan  di  Felda  Bukit  Serampang, Kg.Durian  Chondong, Lanadron  Estet, Parit  Jarum  Bukit  Gambir, Kg Sungai  Bilah  Bukit  Gambir, Kg.Semandar  Gersek, Kg.Melayu, Kg.Seri  Tanjung, Kg Sg.Ranggam, Kg Sg Alai, Kg Jawa ,     Kg  Terus  dan  Pekan  Panchor.

3.                 Projek  bantuan  perahu dan  enjin  oleh kerajaan  dan  agensi berkenaan  tidak  melalui  Persatuan  Nelayan  Parlimen  Pagoh. 

4.                 Persatuan  ingin  meneroka  bidang  perniagaan  yang  mampu  menaik taraf  ahli  melalui  bidang  perniagaan berkelompok namun  kekurangan  sumber  kewangan  dan  tidak  mempunyai  tanah  untuk  dibangunkan  oleh  persatuan. Antara  cadangan  ialah 
4.1 Projek  rekreasi  perahu  menyusuri  Sungai  Muar.
4.2                         Penyewaan  perahu  dan  enjin  oleh  persatuan  bagi  pemancing  dan sewaan  lain.
4.3                         Projek  ternakan  ikan  air  tawar  di  hadapan  Pekan  Panchor.
4.4                         Projek  baik pulih  enjin  sangkut  dan  pembekalan  enjin sangkut.
4.5                         Industri  IKS  berdasarkan  ikan.

5.                 Memiliki  kad  persatuan  seperti  kad  Persatuan  Nelayan  Laut  bagi  membolehkan  peruntukan  dan  bantuan  sama  diperolehi  oleh  nelayan  sungai.


6.                 Mencari  kaedah  sesuai  menyelesaikan  masalah  pencemaran  air.

No comments:

Post a Comment